Sunday, June 29, 2008

Seminar perniagaan internet antara realiti dan mitos

Berikut antara mitos-mitos mengenai seminar perniagaan internet.

1. Dengan menghadiri "seminar perniagaan internet" boleh jadi jutawan segera.

Sebenarnya seminar perniagaan internet kebiasaan hanya memberi penerangan mengenai perniagaan di internet dan cara-cara teknikal. Ia bukannya perkara yang semudah A-B-C.

2. [Seminar perniagaan internet] membolehkan kita terus jadi usahawan internet.

Sebenarnya seminar perniagaan internet hanya menunjukkan jalan bagaimana untuk berniaga di internet. Kita perlu menambah lagi skill-skill tertentu sebelum boleh menjadi usahawan internet. Usaha yang gigih diperlukan melainkan kita mempunyai modal yang banyak boleh sahaja mengupah mereka yang lebih pakar.

3. Seminar perniagaan internet adalah skim pelaburan internet

Ohh.. dah bosan menerangkannya.



Technorati Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,

Friday, June 27, 2008

Seminar perniagaan internet sedikit tip

Menghadiri seminar perniagaan internet adalah satu pengalaman yang menyeronokkan kepada mereka yang berminat dengan cari duit online.

Tip-tip menghadiri seminar perniagaan internet.

1. Seeloknya anda tahu sedikit info mengenai jargon perniagaan internet seperti affiliate,google adsense, SEO, backlink, Resell Right, paypal,clickbank, HTML,wordpress,web2.0 dan sebagainya.

Perkataan-perkataan seperti di atas akan kerap digunakan dalam "seminar perniagaan internet". Jadi supaya anda tidak lost semasa seminar seeloknyalah anda cari info dahulu.

2. Tidur awal supaya anda tidak mengantuk ketika [seminar perniagaan internet] sedang dijalankan. Jika anda miss 10 minit pun anda akan rugi kerana bayaran untuk menyertai seminar perniagaan internet bukannya murah.

3. Berkenalan dengan sesama peserta seminar perniagaan internet bertujuan untuk membina rangkaian anda sendiri nanti.

4. Membuat hubungan yang baik dengan sifu-sifu tersebut supaya mudah anda berhubung jika ada masalah kelak.

5. Jangan lupa bawa kamera kerana inilah peluang yang baik bergambar dengan pakar-pakar perniagaan internet tersebut. Teknik ni biasa digunakan, untuk digunakan di web jualan anda kelak.

6. Balik dari SEMINAR PERNIAGAAN INTERNET jangan lupa buat to-do-list supaya anda boleh terus sahaja melangkah ke dunia perniagaan internet.

7. Amalkan ilmu yang anda dapati dari seminar perniagaan internet semaksimum mungkin kerana jika anda bertangguh, ilmu yang anda dapati itu akan hillang lupa.

Tetapi kepada mereka yang baru ingin belajar dari A seeloknya anda membuat kajian sedikit SEMINAR PERNIAGAAN INTERNET yang anda hendak sertai.



Technorati Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags created with Ukion Tag Generator

Thursday, June 26, 2008

Seminar perniagaan internet bersama Irfan Khairi

Irfan Khairi merupakan antara pelopor seminar perniagaan internet di Malaysia. Siapa tidak kenal dengan Irfan Khairi, anak muda yang menjadi jutawan semasa berumur 25 tahun. Irfan khairi ialah boleh dikatakan pakar dalam perniagaan internet dan juga pakar motivasi nmalah mungkin juga pakar kewangan.

Buku tulisan beliau "Buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar" adalah sangat laris terjual.Irfan Khairi boleh diakatakan usahawan internet paling glamour di Malaysia. Wajah beliau kerap keluar di media bercetak dan elektronik. Ramai selebriti juga pernah menghadiri "seminar perniagaan internet" beliau seperti Manan Ngah, Fifif dan ramai lagi.

Seminar perniagaan internet Irfan Khairi berharga RM840. Jadual terdekat
seminar perniagaan internet Irfan Khairi ialah bertempat di :


J.W. Marriott, KL
Sabtu 12hb Julai 2008
8.45am - 6.30pm


Del.icio.us Tags:




Tuesday, June 24, 2008

Seminar perniagaan internet Saifulsham

Seminar perniagaan internet bersama Shaifulsham adalah antara seminar perniagaan internet yang sudah bertapak di Malaysia selepas "seminar perniagaan internet" Irfan Khairi.

Antara peserta seminar perniagaan internet Saifulsham yang telah berjaya ialah Irwan Danhill dengan smswangnya dan saudara Nasir Yaakob dgn produk "Kuasa Forex" , Smartzul dengan produk "Panduan Wordpress" dan juga saudara Bitol dengan website "cheapestcover" yang mempunyai pelanggan dari seluruh dunia.

Seminar perniagaan internet Saifulsham atau juga di kenali oleh saudagar akan membuat seminar perniagaan internet lagi pada:

Seminar "Rahsia Buat Duit Dengan Internet"

(Bahasa Malaysia)

Sabtu, 28 Jun 2008

8.40 pagi hingga 6.40 petang

Berjaya Times Square Hotel & Convention Centre, Kuala Lumpur

Harga seminar perniagaan internet Shaifulsham ialah RM440 sahaja dengan tawaran bonus istimewa yang beribu-ribu nilainya.

Boleh melawat website jualan Saifulsham di saudagar.com.my
Apa lagi tempah la sekarang, tinggal 21 tempat duduk sahaja lagi.!




Technorati Tags:
, , ,



Technorati Tags: , , , , , , , , , , , , ,

Saturday, June 21, 2008

Seminar perniagaan internet - video marketing

Seminar perniagaan internet bersama Syed Ikhwan tu hari ada menerangkan serba ringkas mengenai teknik video marketing. So, untuk menambah teknik SEO pertandingan keyword "seminar perniagaan internet" jombincang..aku cuba apply teknik ni skit.



seminar perniagaan internet video

Del.icio.us Tags:



Technorati Tags: , , , , , , , , ,

Monday, June 16, 2008

Seminar perniagaan internet

Seminar perniagaan internet, Jomseminar! semakin rancak dengan forumnya jombincang. Kepada blogger yang ingin belajar teknik-teknik perniagaan internet di alu-alukan untuk menyertai forum seminar perniagaan internet jombincang.

Forum yang mulanya di buat khas untuk peserta seminar perniagaan internet tersebut dibuka kepada semua. Terdapat banyak tip-tip perniagaan internet dari otai-otai seminar perniagaan internet jomseminar.


Furl Tags:

Wednesday, June 4, 2008

Seminar perniagaan internet di Malaysia

Selain "seminar perniagaan internet" yang pertama kali dianjurkan oleh seminar perniagaan internet Jomseminar!, terdapat otai-otai yang telah berjaya dalam perniagaan internet yang menganjurkan seminar perniagaan internet. Walaupun kalau difikirkan dari segi kos adalah agak mahal juga tetapi amat berbaloi jika dibandingkan dengan ilmu yang di dapati dari seminar.

Dengan seminar perniagaan internet kita akan mendapat:

1. Ilmu perniagaan internet secara tersusun kerana seminar perniagaan internet biasanya telah menyediakan modul-modul tertentu yang telah disusun rapi mana yang perlu dahulu dan mana yang kemudian.


2. Dari segi motivasi, seminar biasanya memberikan motivasi dan kata-kata semangat supaya semangat tidak luntur di pertengahan jalan.

3. Dengan menghadiri seminar , kita akan dapat berjumpa dengan rakan-rakan baru dan dapat merapatkan diri secara peribadi dengan mentor seminar perniagaan internet yang sudah berjaya.

4. Dengan seminar kita dapat menyedari kelebihan dan kekurangan kita yang didedahkan melalui pengalaman mereka dalam perniagaan internet.




Technorati Tags: , , ,

Seminar perniagaan internet pertama aku

Pada hari 10 May 08 mencatat sejarah pada hidup aku kerana selama aku menceburkan diri dalam cari duit internet ni, inilah kali pertama aku menghadiri "Seminar Perniagaan Internet". Seminar ini telah yang bertajuk Jomseminar dihadiri oleh 48 orang peserta pada hari pertama. Ramai juga newbie dan usahawan offline yang telah mengikuti Seminar Perniagaan Internet tersebut.

Seminar JomSeminar! adalah melibatkan 5 orang speaker dari usahawan-usahawan internet yang telah berjaya di Malaysia. Mereka telah mendapat pendapatan 5 angka sebulan dengan menjadi usahawan internet sepenuh masa. Tapi jangan tersalah bezakan ya antara usahawan internet dan pelaburan internet. Seminar Jomseminar! menekankan bahawa Usahawan internet amat berbeza sekali dengan pelaburan internet seperti Swisscash,Empay dan yang sewaktu dengannya.

Di seminar tersebut mereka telah banyak mencurahkan ilmu dan mendedahkan rahsia bagaimana mereka cari duit di internet. Banyak input yang aku dapati. Kesemua mereka mempunyai kepakaran di bidang yang berlainan.

Secara keseluruhannya menghadiri Seminar Jomseminar! ini memberi banyak idea-idea serta ilmu yang baru kepada aku.

Di bawah ialah gambar aku bersama 5 orang speaker yang hebat di Seminar Perniagaan Internet Jomseminar! tersebut untuk dikongsi bersama pengunjung blog ini.


seminar perniagaan internet bersama Gobala

Bersama Gobala Krishnan, usahawan internet yang sudah tersohor di peringkat antarabangsa. Pernah popular dengan produk ChapterMnya dan kini telah mempunyai lebih 10,000 list dari seluruh dunia. Gobala ini friendly dan tak sombong. Sempat borak-borak pasal IM sambil lepak pekena dunhill dengan dia selepas lunch menceritakan pengalaman beliau dalam dunia IM yang diceburi sejak 2005 lagi. Satu rahsia Gobala yang didedahkan kepada saya ialah dia hanya buat satu post sahaja di wangcyber hehe. Ini kerana beliau sendiri sibuk dengan urusan perniagaan internetnya dan melayan 2 forum miliknya sendiri.
Seminar Perniagaan Internet jomseminar, memberi ruang untuk beliau mendedahkan rahsia perniagaan internet beliau.

seminar perniagaan internet bersama Manmoncang

Bersama Fuad Latif, walaupun sebelum ni aku tak begitu mengenali beliau keran dia ni jenis tak suka menonjolkan diri tapi pada hari itu, aku rasa dia paling banyak memberi ilmu baru kepada aku dengan teknik SEOnya. Memang best, Dia juga mengatakan ada membuat pelbagai auto system seperti auto update vblognya. Apabila ada someone hantar video terbaru di youtube dengan keyword yang sama akan auto update di vblog beliau. Semasa borak-borak semasa minum pagi dia mengatakan beliau cari duit internet dengan pelbagai cara. Semua dia belasah spt affiliate, adsense,PPC dan sebagainya. Forex pun dia belasah juga dan ada bina system sendiri auto pilot dengan menggunakan signal yang beliau buat sendiri. Malangnya semua sistem yang dia bina tidak dijual. Semuanya pakai sendiri shj. Di Seminar Perniagaan Internet jomseminar! Fuad Latif telah menunjukkan skill gabannya membuat teknik seo.

Tabik la Fuad Latif, dia memang programer yang power!


seminar perniagaan internet bersama Syed Ikwan pakar adsense

Bersama Syed Ikhwan. Beliau ialah pakar google adsense dan pernah mendapat US1000 sehari dengan program google adsense. Seperti yang aku jangka Syed akan mengajar cara video marketingnya tu. Yang menariknya Syed Ikhwan pernah jadi ahli yahoogroup blalang_group dan selalu YM dgn aku. Seorang yang peramah dan selalu membantu dengan ikhlas.

seminar perniagaan internet bersama Alang

Bersama Alang. Alang juga terkenal di peringkat antarabangsa dan boleh cari makan dengan menjual direktori sahaja. Aku pernah terbaca dalam blognya pendapatannya hampir RM20,000 sebulan! Alang juga pernah menjual 5 blognya dengan harga US14000!! Alang juga pernah mengatakan menyewa server hosting yang sewanya US1000 utk mendapatkan bandwith yang besar. Peh! berapa ramai visitornya dalam satu hari. Cayalah! Alang seperti seorang yang peramah dan senang didekati. Di antara 5 orang speaker Alang yang paling pandai buat lawak dan juga suka bertanya soalan kepada peserta. Aku pun kena tu..Berbeza dengan karakter dia di forum Wangcyber kot. Seminar Perniagaan Internet bersama Alang memberi pengalaman yang berbeza.

Beliau juga mengenali nick aku hehe kerana katanya nick name dah nak sama sebab aku pernah juga menghantar komen di blog beliau. Hehe backlink tu!!


seminar perniagaan internet bersama Yusry

Bersama Yusry, beliau ialah seorang yang low profile dan hampir tidak dikenali tetapi beliau adalah pakar dalam affiliate dan pada hari tersebut telah mendedahkan teknik-teknik beliau.
Yusry juga mempunyai pendapat dari internet sebanyak 5 angka sebulan! Seminar perniagaan internet jomseminar! telah mengeluarkan saudara Yusri dari lubuknya undergroundnya hanya untuk Jomseminar!

Secara keseluruhannya, aku amat berpuashati dengan Seminar Perniagaan Internet tersebut dan pendapat aku usahawan internet yang tidak menyertai Seminar Perniagaan Internet tersebut adalah rugi sekali kerana bukan senang nak berjumpa dengan otai-otai IM ni ramai-ramai sekaligus.

Masih teringat kata-kata Alang, kalau part time IM (macam aku ni) tak boleh disamakan dengan IM full time. Baru aku sedar dan bersyukur dengan pendapatan internet aku sekarang ni kira dah ok juga. Syukur Alhamdulillah! Cuma aku mencabar diri aku untuk meniru mereka mendapat income 5 angka sebulan dari cari duit di internet. Terima kasih Seminar Perniagaan Internet jomseminar!

Sesudah seminar "Seminar Perniagaan Internet", penganjur telah membuka forum khas iaitu di http://www.jombincang.com.




Technorati Tags: , , ,